Persoalan Palestin : Tanggungjawab Siapa ???

6 05 2008

PERSOALAN Palestine merupakan induk persoalan umat Islam. Ia adalah persoalan aqidah di dalam pemikiran umat Islam, bukan sekadar persoalan sibidang bumi yang dirampas atau satu bangsa yang dihalau. Malah ia adalah persoalan yang lebih besar daripada itu. Namun ia tetap merangkumi kedua-dua persoalan di atas.

Persoalan tipu muslihat dan konspirasi Yahudi itu telah dirakamkan oleh al-Quran. Bermula daripada penentangan kaum Yahudi terhadap para nabi yang pernah diutuskan kepada mereka hinggalah kepada sifat memungkiri janji dan pecah amanah serta penyembahan anak lembu ciptaan mereka. Persoalan Yahudi dan kejahatan mereka telah mengambil ruang yang amat luas di dalam al-Quran. Dalam satu ayat Allah berfirman yang bermaksud:

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada keturunan Bani Israel melalui lidah Nabi Allah Daud dan Isa ibni Maryam kerana mereka derhaka dan melanggar batas-batas Allah.” (Al-Maidah: 78)

Kehadiran topik mengenai Bani Israel di dalam al-Quran merupakan persoalan pertarungan antara kebenaran dan kebatilan. Persoalan itu berterusan hingga kini sehinggalah Allah menentukan tokoh atau golongan yang akan memperjuangkan permasalahan Palestine sehingga Palestine kembali ke pangkuan negara Islam seperti kembalinya menerusi tangan Umar al-Faruq dan Salahuddin al-Ayubi. Inilah janji Rasulullah yang benar. Perjuangan akan datang berpihak kepada kaum yang tertindas yang benar-benar ikhlas kepada Allah, tidak sama sekali untuk golongan yang pengecut dan dayus. Ketika itu setiap pokok dan batu akan memberitahu: “Wahai pejuang Muslim, ini dia si bedebah Yahudi sedang bersembunyi di belakang aku”, kecuali sejenis pokok sahaja yang dikenali sebagai pohon farqad.

Persoalan ini secara langsung menyentuh persoalan ibadat. Setiap Muslim berikrar sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari di hadapan Allah dengan menyebut ‘ghoiril maghdhu bi ‘alaihim wa ladhallin’’ (bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat). Yang pertama dimaksudkan dalam ayat itu ialah kaum Yahudi manakala golongan yang kedua pula ialah Nasrani.

Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum dayus itu sehingga mereka mengharapkan agar kaum Muslimin membelakangkan al-Quran? Jawapan ini telah dijelaskan kepada kita oleh al-Quran dengan maksudnya:

“Dan sama sekali kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu melainkan setelah kamu mengikut agama mereka.”

Nah, itulah ketegasan al-Quran memberikan panduan kepada penganutnya. Tetapi malangnya pemimpin boneka mereka yang pernah menziarahi Tel Aviv melarang orang Islam membaca ayat-ayat yang menyentuh kaum Yahudi. Merekalah sebenarnya pelopor keamanan yang palsu. Suatu ketika dahulu mereka telah menjual Palestine melalui Perjanjian Kem David.

Dimanakah wira yang pernah mengangkat ranting zaitun dan melaungkan perjuangan bersenjata menentang ancaman Zionis? Dimanakah pahlawan yang menyeru kepada pembebasan bumi Isra’ dan Mi’raj daripada tangan Yahudi? Dimanakah hero yang menyeru untuk kemerdekaan qiblat pertama dan tanah haram ketiga, Baitul Maqdis?

Bagaimanakah dengan peristiwa tragis Dir Yassin, Sabra dan Shatela serta al-Karamah? Apakah semua peristiwa itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengajaran? Kiranya peristiwa yang menyayat hati itu telah dilupai atau sengaja dilupai oleh pengkhianat masakan umat Islam yang ikhlas dengan perjuangannya boleh melupakannya. Sama sekali tidak.

Ingatan kita masih lagi segar dengan peristiwa kebangkitan umat yang bangun menentang Perjanjian Balfore. Menteri Luar Inggeris telah menyatakan keazamannya untuk membantu menegakkan negara Yahudi di bumi Palestine diikuti rancangan menakluki Palestine. Rancangan yang diakui oleh perikatan bangsa-bangsa Barat itu memperkukuhkan Perjanjian Balfore.

Bangsa Arab dan umat Islam seluruhnya sebulat suara mengangkat jari dan bertanya: Siapakah si Balfore yang berhak memberi dan menyerahkan bumi Palestine kepada bangsa Yahudi terkutuk itu sehingga menjadi satu ungkapan umum bahawa ‘orang yang tiada kena mengena memberi sesuatu yang bukan miliknya kepada orang yang tidak berhak’. Ini adalah drama palsu yang dilakonkan di dalam kepalsuan.

Kaum Muslimin seluruhnya telah menanggung derita akibat bencana yang menimpa mereka. Di sinilah bermula titik hitam dalam sejarah umat Islam. Selepas itu Amerika Syarikat pula menangani masalah Yahudi manakala Troman dan Roosevelt pula meneruskan tugas Inggeris dalam menerajui konspirasi Zionis antara bangsa ke atas umat Islam. Bantuan datang mencurah-curah kepada Yahudi manakala hak bangsa Palestine di bumi sendiri diabai dan dibelakangkan. Selepas itu penghijrahan Yahudi ke bumi Palestine dibuka dengan seluas-luasnya, kumpulan demi kumpulan. Program yang penuh perencanaan itu menyusul satu demi satu dengan kemas dan terjamin.

Pada 1948, satu angkatan bersenjata Islam telah dibentuk bagi membebaskan bumi Isra’ dan Mi’raj daripada cengkaman Yahudi. Penubuhan itu mendapat sokongan negara Arab dan Islam lain apabila tenaga sukarelawan datang mencurah-curah. Sewaktu pertempuran sengit antara kedua-dua pihak itu, berlaku pakatan jahat dan pengkhianatan ke atas tentera Islam itu.

Jenayah Yahudi tidak berlaku secara terang-terangan di mata dunia. Dalam satu tragedi yang ngeri mereka melakukan penyembelihan beramai-ramai ke atas wanita dan kanak-kanak. Angkara durjana itu bertujuan menghalau bangsa Arab dari bumi Palestine dan membolehkan Yahudi menguasai sepenuhnya bumi Palestine.

Ancaman pakatan jahat itu berjalan lancar. Apabila Inggeris mengisytiharkan penarikan diri daripada jajahannya Palestine, maka golongan Yahudi di Tel Aviv terus mengisytiharkan pembentukan negara Israel. Beberapa minit sahaja selepas pengisytiharan pembentukan negara Israel itu, Presiden Amerika Syarikat, Troman mengisytiharkan pengiktirafan kepada Kerajaan Yahudi. Di Moscow pula, kerajaan pimpinan Stalin turut mengumumkan pengiktirafan yang sama ke atas Kerajaan Yahudi itu.

Begitulah hari-hari berlalu. Rencana konspirasi terus berjalan daripada satu babak kepada satu babak dengan penuh kejayaan sehingga meningkat kepada tercetusnya serangan tiga serangkai, Inggeris-Perancis-Israel ke atas Mesir, Peperangan Ramadan, kunjungan Presiden Sadat ke Tel Aviv, Kem David dan kekecohan di Jerico.

Perjanjian Balfore dengan tegasnya menyatakan: “Sesungguhnya Raja Britain melihat penubuhan Kerajaan Yahudi di Palestine dengan penuh simpati. Baginda Raja akan memberi penuh perhatian dan sokongan padu kepada pencapaian matlamat ini.”

Britain telah berjanji kepada Yahudi dan melaksanakan janji itu dengan melayani segala hasrat Israel, bermula daripada pengiktirafan hinggalah kepada sokongan dan bantuan. Pada masa yang sama Britain menaburkan seribu janji palsu kepada bangsa Arab dan umat Islam serta memberikan jaminan dusta bagaikan fatamorgana. Sidahaga menyangka itulah air. Namun apabila dia menghampirinya ternyata kosong belaka dan tiada menemui apa-apa. Mereka tertipu dan terus memberikan pengharapan kepada Inggeris dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat sama seperti saudaranya, Inggeris, juga menaburkan janji-janji kosong yang menjanjikan kemusnahan, kehancuran, malah penyerahan dan penghapusan sepenuhnya etnik serta identiti Arab di bumi Palestine, bumi Islam itu. Orang yang mengiktiraf Kerajaan Israel dua minit selepas pengisytiharannya, juga adalah orang yang sama merancang dan menyusun permainan politik kotor dengan berselindung di sebalik istilah proses perdamaian.

Apakah pelopor perdamaian (kononnya) ini belum sedar daripada kesesatan mereka? Tidakkah mereka boleh kembali kepada kitab yang dengan jelas menyebut dan memberi peringatan kepada mereka?

“Demi sesungguhnya engkau mendapati manusia yang sangat memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang Yahudi dan Musyrik.” (Al-Madiah: 82)

Apakah mereka akan terus dengan kesesatan mereka itu sehingga Allah menggantikan tempat mereka dengan satu kaum yang lain?

“Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu.”


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: