Mengenali Bumi Suci Palestin

5 05 2008

Bumi Suci Palestin, antara tanggungjawab dan peranan umat Islam

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

Apakah istimewanya Palestin kepada umat islam ?

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

a) Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

b) Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.

c) Bahkan ramai para anbiya’ yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

d) Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.

e) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

f) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.

————————————————————————————-

Apakah keistimewaannya kepada agama lain ?

Bumi Palestin juga merupakan bumi yang suci kepada bangsa Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggapnya sebagai bumi yang dijanjikan oleh tuhan (Yehovah) kepada bangsa Yahudi.

Menurut iktikad mereka, di situlah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi-nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds yang dipercayai nabi Sulaiman pernah membina Haikalnya dan al-Khalil (Hebron) di mana terdapat makam nabi Ibrahim.

Manakala, bagi penganut agama kristian pula, mereka menganggapnya sebagai tempat bermulanya agama mereka. Di situlah Nabi Isa dilahirkan dan berdakwah. Markaz-markaz keagamaan mereka yang berada di Palestin seperti al-Quds (Jerusalem), Baitul-Laham dan Nazareth. Di sana jugalah terdapat Gereja Kiamah (Church of Nativity) yang dipercayai sebagai tempat kelahiran nabi Isa A.S.

4. Siapakah penduduk Palestin ?

Bangsa berketurunan al-Kananiyyah merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka datang daripada Semenanjung Tanah Arab sejak 4500 tahun tahun dahulu. Sejak itu, tempat ini dikenali sebagai Bumi Kan’an. Rakyat Palestin sekarang ini berasal dari keturunan Kan’an, iaitu bangsa dari masyarakat timur laut Mediteranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin.

Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di situ dengan aman. Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama tersebut, dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka, selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana.

Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (636 M) sehingga sekarang, dan kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yang dianggarkan seramai 6 juta) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar Negara mereka. “


1. Palestin dari segi keimanan:

Kepentingan bumi Palestin dalam kepercayaan Islam (Islamic Faith) telah dibuktikan di banyak tempat dalam al-Quran dan hadis. Kepentingan terbesar ialah kerana di sana terdapatnya Baitul Maqdis, tempat paling suci selain bumi Hijaz (Mekah dan Madinah). Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock,kedua-duanya dibina di tanah Baitul Maqdis.

Baitul-Maqdis di Palestin adalah pusat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Di dalam Al-Quran Allah SWT menyebut :-

Maha Suci Dia (Allah) yang telah
mengisrakan hambaNya (Muhammad SAW) dimalam hari daripada Masjidil haram (di
Mekah) ke MasjidilAqsa yang Kami (Allah) telah berkatinya….

(Al-Isra':1)

Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina selepas Masjidil Haram di Mekah. Dalam sebuah hadis, Abu Zar berkata:

Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina dimuka bumi ini. Baginda menjawab Masjidil Haram;. Kemudian aku bertanya lagi ;kemudian, masjid apa..?; Baginda menjawab:

Masjidil Aqsa;. Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40 tahun. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Baitul Maqdis di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam. Umat Islam mengadap Baitul Maqdis pada masa keseluruhan Period Mekah (selama 13 tahun, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah) dan 16 bulan kemudiannya selama berada di Madinah. Kemudiannya Allah telah mengarahkan untuk mengadap Kaabah di Mekah.

Melakukan solat di Masjidil Aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Dalam sebuah hadis
Rasulullah SAW bersabda:

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)

Selain daripada itu, terdapat lagi beberapa ayat dalam Al-Quran dan Hadis yang menerangkan tentang pentingnya bumi Baitul Maqdis dalam Islam serta Allah memberkati bumi disekelilingnya.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan tentang bumi Palestin yang diberkati sehinggakan sahabat-sahabat Rasulullah SAW amat mencintai bumi ini. Saidina Umar ibn Al-Khattab r.a semasa pertama kali memasuki wilayah ini telah mengisytiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin adalah sebahagian daripada tanah waqaf dan hak milik umat Islam sehingga ke generasi terkemudian.

Setelah mengkaji ayat-ayat al-Quran, hadis, dan tindakan para sahabat, maka tiada siapa yang sihat fikirannya boleh menafikan bahawa Palestin adalah bumi suci dan diberkati. Ia adalah bumi yang terlalu penting kepada setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT.

2. Palestin dalam Sejarah Islam

Bumi Palestin mengandungi sejarah ketamadunan Islam sejak daripada Nabi yang pertama, Adam Alaihissalam sehinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para anbiya (nabi-nabi) yang telah diutuskan untuk menyampaikan mesej Islam, maka ia tidak sepatutnya ditadbir oleh orang lain selain daripada sesiapa yang membawa mesej Islam dan melaksanakan segala peraturan dan tuntutannya.

Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan masjidil haram di Mekah.

Ia adalah tanah suci dimana ramai para Nabi dan Rasul telah dilahir serta diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut,Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi Isa. Semasa Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mentadbir negara Islam di Palestin berdasarkan hukum Allah SWT, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan kebenaran serta membantah hukum Allah, maka mereka telah dihukum oleh Allah termasuk dihalau daripada bumi Palestin. Ini semua diceritakan dalam Bible dan Al-Quran.

Baitul Maqdis adalah bumi berlakunya Isra’ Mikraj terhadap Rasulullah SAW semasa period Makkiyyah.

Palestin telah berjaya dibawa ke naungan pentadbiran Islam semasa zaman Umar al-Khattab. Sejak itu ia menjadi sebahagian daripada negara Islam yang mengikut undang-undang Islam. Undang-undang baru ini, tidak hanya dialu-alukan oleh orang Islam tetapi juga oleh orang Kristian dan Yahudi yang sebelum daripada itu hidup di bawah kekuasaan Byzantine yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kerajaan Byzantine turut menindas penganut Kristian Palestin kerana mereka bermazhab atau berfahaman lain daripada mazhab yang dianuti oleh kerajaan Byzantine. Walau bagaimanapun Islam tetap menjanjikan kebebasan dan keadilan kepada semua agama.

Tahun 1099 masehi:

Palestin telah diceroboh oleh tentera Salib Eropah dan dijajah hampir satu abad. Semasa penjajahan ini, pembunuhan beramai-ramai dan ketidakadilan telah berlaku terhadap orang Islam, Yahudi dan Kristian. Hanya undang-undang berdasarkan paksaan dan penindasan diamalkan di bumi Palestin yang penuh berkat ini.

Tahun 1187:

Palestin telah dibebaskan daripada penjajah yang zalim ini oleh Salahuddin Al-Ayubi yang mengembalikan undang-undang Islam.

Tahun 1917:

Kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestine adalah milik orang-orang Yahudi. Pada waktu tu, orang Yahudi hanya merupakan 8% daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% tanah bumi Palestin.

Tahun 1918 :

British dan pakatan nasionalis Arab telah menyingkirkan kerajaan Khalifah Othmaniyyah. British kemudiannya menjajah Palestin. Mereka kemudiannya memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai Yahudi di Eropah ke Palestin.

Tahun 1948:

Orang Yahudi mengisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel. Ratusan ribu orang Islam telah dihalau keluar daripada bumi Palestin dengan menggunakan tekanan tentera yang dilakukan oleh kumpulan pengganas/samseng Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot. Kumpulan ini telah dibiayai dan dilatih oleh tentera British.

Tahun 1967:

Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria dan telah menjajah lebih banyak kawasan, dan buat pertaman kalinya, termasuklah Masjidil Aqsa. Semenjak itu, Masjidil Aqsa telah menjadi sasaran Yahudi dalam beberapa percubaan untuk dimusnah atau dibakar, termasuk percubaan untuk merobohkannya melalui penggalian bawah tanah. Yahudi tahu bahawa Masjidil Aqsa adalah simbolik kepada tanah semulajadi orang Islam Jadi mereka ingin sangat untuk memusnahkan sebarang tanda ketamadunan Islam di bumi Palestin.

Berdasarkan kepada sejarah Islam dan kepentingannya daripada segi keimanan, dan setelah kegagalan semua kaedah yang tidak Islamik untuk membebaskan tanahair Palestin daripada penjajahan Israel, maka penyelesaian secara Islam ialah kebangkitan semula Islam (re-emerging).

Ia merupakan kaedah yang paling kuat serta popular untuk pembebasan tanah yang dijajah ini. Islam ialah agama keamanan. Hanya Islam menawarkan kehormatan kepada semua agama yang diturunkan dari langit kerana ia mengiktiraf semua nabi-nabi sejak dari Adam sampai Muhammad SAW. Hanya Islam percaya yang semua nabi dan Rasul membawa mesej yang sama, jadi semua manusia layak menikmati kebebasan untuk beribadat tanpa tekanan dan penindasan.

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa hanya Islam layak mengambalikan keamanan , keselamatan dan kebebasan di bumi suci Palestin kepada semua manusia.


Actions

Information

2 responses

18 01 2009
aqeelah munirah bt jamil

sya amat sdih atas apa yg berlaku di Palestin..
org Islam ditindas…menanti pembelaan..knk2 dan org tua mnjdi mgsa..mrka adlh org yg tidak berdaya….
jgn biarkan umat islam di Palestin semakin sdikit dan hilang di muka bumi Palestin…sdgkn Palestin juga hak kita…sya ada soalan…bgmna keadaan Masjid Al Aqsa???

9 07 2009
hamizul

Info yang menarik mengenai Palestine…saya sedang mencari info jarak dari Mekah ke Palestina, khususnya Baitul Maqdis, juga jumlah hari jika menaiki unta dari Mekah ke Baitul Maqdis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: